tatkala aku termenung..
bertanya pada diri sendiri..
adakah..
apa yang ku lihat di mataku..
persis dengan penglihatan sang lain..
adakah biru padaku..
persis biru sang lain..
adakah manis padaku..
persis manis sang lain..
tatkala aku ketakutan..
mengenang hidup ini sementara..
fikiranku datang menerpa..
apakah sekiranya..
rasa, penglihatan, pendengaran dan segalanya..
hanya satu tayangan fantasi..
dan apa yang benar..
cumalah di dalam hati..
demi mencari cintamu ya Tuhan..
aku mengaharungi hidup ini..
segala ranjau, onak dan cubaan yang Kau beri..
harap ku dapat mengenalmu melalui kisahku..
namun Ya Tuhan..
aku pinta dariMu..
janganlah Engkau mengujiku dengan perkara-perkara buruk..
dan jangan pula kau mengazabku kerana kesilapanku..
sama ada di dunia mahupun akhirat..
ya Tuhan..
andainya aku jauh dariMu.. dekatkanlah..
andainya aku lupa padaMu.. ingatkanlah..
andainya aku alpa bahawa aku hambaMu.. bantulah..
sesungguhnya ya Tuhan..
Engkaulah perencana hidupku..
pohonku padaMu ya Tuhan..
sinarkanlah hidayah pada ku..
dalam setiap pergerakanku..
pejam celik ku..
sekali-kali tidak mahu aku tersasar dari jalanMu..
jalan yang ku yakini..
Ya Allah..
ku pohon cintaMu..
dan ajarkan aku mencintaiMu..
dari hidupku..
..Amin..
Journey to parenthood : Labor
3 years ago
0 comments:
Post a Comment